Sunday, January 17, 2010

Permata Hati Bonda

Eizham Shaiful Adzhar

Syazana Shaiful Adzhar


Syahira Shaiful Adzhar



18 Januari 2010 anak kedua ku SYAHIRA SHAIFUL ADZHAR telah dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Pengawas / Ketua Murid Sekolah Kebangsaan AU Keramat bagi sesi 2010.
Satu tanggungjawab yang berat juga harus dipikulnya. Akademi, disiplin, sahsiah, ko kurikulum harus diseimbangi dengan baik untuk menjadi pelajar yang berkualiti.
Apapun harapan ku, semoga beliau atau nama panggilan manjanya YAYA akan meneruskan kesinambungan bakat kepimpinan yang ada pada beliau di masa-masa hadapan.
Sebagai ibu yang telah melahirkannya 12 tahun yang lalu, pasti rasa bangga tersemat dijiwa kerana sekurang-kurangnya aku telah melahirkan seorang pemimpin cilik..

Buat anak sulungku, SYAZANA SHAIFUL ADZHAR yang kini berada di Tingkatan 1 Balada Sekolah Seni Johor, Johor Bahru..semoga impian dan cita-cita untuk menjadi pewaris budaya bangsa akan tercapai. Aku yakin NANA akan berjaya dan cemerlang di sana.

Buat satu-satunya anak bujangkau EIZHAM SHAIFUL ADZHAR walapun sering merendahkan diri dalam apa jua hal, tetapi sebagai ibu aku percaya EJAM mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Insyallah akan ku bimbing beliau untuk menjadi seorang anak, pelajar dan insan yang boleh membanggakan ibu bapa, kakak-kakaknya dan juga keluarga.

SYAZANA, SYAHIRA & EIZHAM SHAIFUL ADZHAR...
kalian bertiga adalah permata hati bonda...

1 comment:

  1. comel2 nya budak2 ni...tetiba teringat kt dorang especially ejam...

    ReplyDelete