Tuesday, August 23, 2011

Keldai Dadah

Tahniah kepada Berita Harian dan Kelab Putera 1Malaysia yang telah berjaya membawa pulang mangsa keldai dadah, Rosna Shariff yang menderita hampir 4 tahun di Peru.

Sebenarnya ramai lagi rakyat Malaysia yang turut menerima nasib yang sama. Persoalannya, mengapakah mereka ini mudah terpengaruh dan terpedaya? Adakah kerana satu pujian sudah cukup mencairkan? Ada di kalangan mereka ini golongan terpelajar yang berpendidikan tinggi.

Rata-ratanya yang termasuk dlm perangkap ini melalui rakan-rakan dlm laman sosial terutamanya, facebook. Ya, tidak dinafikan adanya insan-insan asing yang sering memuji rakan-rakan baru di facebook. Mereka ini menyuarakan pujian menerusi inbox. Kata-kata yang digunakan indah sekali dan mereka ini kebanyakannya lelaki mat saleh!

Lalu, adakah kita sebagai wanita mudah terpedaya dengan pujian alam maya yang sesiapa sahaja boleh menyatakannya? lainlah jika yg memuji itu rakan kita yang kita kenali, ini entah dari mana datangnya.....kita begitu cepat terpengaruh.

Apapun sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita pernah diajar, atau mengajar anak-anak jangan mudah percaya kepada mereka yang tidak dikenali, dan ajaran itu sepatutnya kita kekalkan di dalam diri.

Semoga selingkar kisah Rosna Shariff menjadi ikhtibar kepada kita semua. Aidil Fitri tahun ini pastinya memberi kegembiraan buat Rosna dan keluarga.

No comments:

Post a Comment