Tuesday, August 23, 2011

Keldai Dadah

Tahniah kepada Berita Harian dan Kelab Putera 1Malaysia yang telah berjaya membawa pulang mangsa keldai dadah, Rosna Shariff yang menderita hampir 4 tahun di Peru.

Sebenarnya ramai lagi rakyat Malaysia yang turut menerima nasib yang sama. Persoalannya, mengapakah mereka ini mudah terpengaruh dan terpedaya? Adakah kerana satu pujian sudah cukup mencairkan? Ada di kalangan mereka ini golongan terpelajar yang berpendidikan tinggi.

Rata-ratanya yang termasuk dlm perangkap ini melalui rakan-rakan dlm laman sosial terutamanya, facebook. Ya, tidak dinafikan adanya insan-insan asing yang sering memuji rakan-rakan baru di facebook. Mereka ini menyuarakan pujian menerusi inbox. Kata-kata yang digunakan indah sekali dan mereka ini kebanyakannya lelaki mat saleh!

Lalu, adakah kita sebagai wanita mudah terpedaya dengan pujian alam maya yang sesiapa sahaja boleh menyatakannya? lainlah jika yg memuji itu rakan kita yang kita kenali, ini entah dari mana datangnya.....kita begitu cepat terpengaruh.

Apapun sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita pernah diajar, atau mengajar anak-anak jangan mudah percaya kepada mereka yang tidak dikenali, dan ajaran itu sepatutnya kita kekalkan di dalam diri.

Semoga selingkar kisah Rosna Shariff menjadi ikhtibar kepada kita semua. Aidil Fitri tahun ini pastinya memberi kegembiraan buat Rosna dan keluarga.

Monday, August 15, 2011

salam ramadhan dan Aidil fitri



Assalamualaikum...

lamanya tk berceloteh di sini....diam tk diam dh nk penghujung tahun...cepatnya masa berlalu..
tahun ini sorang lagi ankku akan menduduki upsr...ejam...aduhhh ejam entahlah boleh tidak
dia cemerlang mcm kakak2nya...
susah sangt nk study..baca buku pun tk...main jerrr..
sakit perut dibuatnya...
apapun all the best to him....

ramadhan dh masuk hari ke 16..tk lama lg RAYA....
tahun ni aku raya sorg coz ank2 beraya dengan fathernya...huhuhu...sedih beb..
tp mujur ada ank2 buah yg kenit2 tu ...atlst thibur gak...

now keje pun dh makin ok...penerbitan mjlh dh go smooth..alhmdllh dh dpt terbit ikut progres
cuma bis tu tklah mewah sgt lagi...ok2 jer....
insyallah by next year cuba pertingkatkan lagi...

try nk rajin2 kat sini..tp mcm malas jer ....

eheehhhe...ok kot2 tk sempat
nk ucapkan selamat berhari raya....maaf zahir dan batin...