Wednesday, December 8, 2010

Tahun baru hijrah 1432



dah pun masuk tahun baru hijrah 1432H...
setahun dh pun blalu....begitu pantas masa berlalu...
semoga thn baru hijrah akan membawa rahmat dan berkat dalam hidupku..
hijrah itu perjuangan
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

selamat menyambut tahun baru hijrah....1432H

Friday, November 19, 2010

kejayaan 2010


inilah ank sulungku...syazana@nana...pd malam gala kesenian 2010 (MGK) sekolah seni jb..nana dpt award seri gemalai bidang tari tingkatan 1...kira anugerah tertinggi utk bid tari bg bdk2 form1...alhmdulillah..tau nana blh dpt coz dia mmg berbakat....n bid akademik pun nana dh tunjuk peningkatan..dpt 3A n kedudukan no 5 dlm kelas 1 balada..keep it up n congrats my dear......




Anak kedua ku...syahira@yaya...berjaya mendapat 5A dlm upsr 2010..lega rasanya....then yaya juga tlh dianugerahkan tokoh murid keseluruhan 2010 sk au keramat..
inilah yg aku idamkan...sejak ank2ku melangkah kaki ke sk au keramat dan buat ptama kalinya aku menyaksikan hari anugerah cemerlang sekolah tsbt yg memberi anugerah tokoh kpd murid2 base pd bidang..aku menanam cita2 agar ada diantara ank2ku dpt mengenggam trofi tokoh murid n akhirnya yaya menyempurnakan impian ku...thx yaya u deserve it...





ini lak eizham @ ejam...si bujang bongsu...group tariannya telah menjadi johan WPKL dua tahun berturut2....tahniah to kelab tunas budaya sk au keramat...

so kiranya...tahun ni..ank2ku tleh mencatatkan kejayaan dorang masing2...as mom happy sgt2..atlst usaha mereka telah menampakkan hasil..

now menunggu result kemasukan ke SBP 2011...yaya mohon kolej tunku kurshiah (TKC)..hrp2 dia diterima masuk...

to nana, yaya n ejam....doa mama untuk kalian selamanya..................

luv u all...

Mama....................










Saturday, October 9, 2010

10.10.2010

tarikh yang cantik 10.10.2010.....entah apa yg cantik pun tk tau...yg pasti ramai yg cuba mengabadikan tarikh ini dengan pelbagai peristiwa untuk dikenang seumur hidup....
bagi mereka yg tiada sbarang acara istimewa tarikh ini akan berlalu begitu saja...
tunggu tahun depan lak 11.11.2011....dan seterusnya lah....
bagi sayangEzyana apa jua tarikh semuanya istimewa...adalah beberapa tarikh yang dianggap istimewa dan bersejarah

28.7.1996
4.5.1997
6.4.1998
31.12.1999
29.1.2008

semua tarikh ni tkalah cantik mana pun...tp ianya menyimpan seribu satu kenangan...yang tak mungkin dapat dilupakan...tetap terpahat diingatan sampai bila2....

Tuesday, September 28, 2010

my beloved frens


tk sangka ths yr start bln julai lalu dpt arrage 3x gather2 dgn kwn2 mass comm..


1st : 31 julai 2010 1st gathering after 15 yrs....thx to yati, zuriati, azlita, juju, salina, nordin, kamay, epol, eliza, awie n lobo coz dpt luangkan masa uol spent time almost 3jam gak kat pizza hut ampang park....happening...riuh satu restoran tu..dh namanya mass comm


2nd : 1 sept 2010 berbuka puasa 4 jelitawan journ...awan, shikin, yati n me..dat restoran asam pedas setiawangsa..awan blk dr australia so lama tk jumpa dia....pun best...yg nyata shikin smakin voque n feminin.


3rd : 27 september 2010...lunch kat klcc...ths time 4 jelitawan journ + pub...awan, shikin, wan rotu, me n hamnah....shikin msih mengekalkan kevoquekannya....lama tk jumpa wan rotu....dari kul 1- 3ptg...tpaksa balik awal coz keje...anyway apreciate sgt2 kat kwn2 yg dpt spent masa..wan rotu siap amik cuti lagi....hope 2 u guys again...


to awan..yg nk balik ostolia tu....if ada rejeki tunggu kami kat sana.....


Saturday, September 25, 2010

keje main lego

smlam menonton majalah 3..teruja dgn satu segmen iaitu kerjaya rekacipta lego....atau dgn kata lain main lego as kerjaya...akan wujud legoland di johor pada 2012...tp really teruja dgn paparan segmen tu...tk penah terfikir mainan lego yg pd asalnya hyalah satu permainan tp blh jadi kerjaya yang lumayan..tahniah to SITI..wanita Malaysia pertama yg berkecimpung dalam bidang ini..

aidil fitri 2010

Alhmdulillah masih diberi nafas oleh Allah swt untuk melalui Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.
syukur Ramadhan thn ini dpt dilalui.dpt juga aku mengerjakan solat sunat tarawih bsama ank2, yaya n ejam.
Ramadhan thn ini, aku kehilangan seorng sahabat, Allahyarham Sry Angreni mohd zet, dalam usia 42 thn arwah pergi mninggalkan tiga org chymata yg hampir seusia dgn ank2ku...Al fatihah..
Syawal thn ni kurang meriah coz, anakku, Syahira amik exam UPSR..
alhmdulillah UPSR dah selesai....hope Yaya beroleh kejayaan...
now dok berdebar tunggu result lak pd november ini.....

Tuesday, January 19, 2010

Tabiat Merokok

sekali lagi isu rokok kembali hangat diperkatakan. Cadangan menaikkan harga rokok ke RM50.00. Penguatkuasaan juga dikatakan lemah.
Sebenarnya tabiat merokok ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak semestinya bapa tidak merokok anaknya juga tidak merokok. Dan tidak semestinya pula bapa merokok anaknya juga merokok. Kesedaran itulah kata kunci kepada semua.
Jika tiada kesedaran, apajua tindakan, kempen dan peraturan diusahakan oleh pihak-pihak tertentu, pasti tidak akan berjaya..
Terpulang kepada individu itu sendiri kerana kini merokok seolah-olah menjadi trend, bukan sekadar lelaki yang menjadi perokok malahan kini semakin ramai wanita yang turut merokok. Lebih menyedihkan wanita yg merokok adalah dikalangan mereka yg masih muda, usia belasan tahun, orang melayu dan nampak kurang manis apabila wanita itu memakai tudung sambil dijarinya terselit sebatang rokok.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Usaha, telah pelbagai usaha dilakukan...
inilah yang dikatakan tadi kesedaran...
lantaran itu kita semua terutama perokok-perokok tegar sedarlah.....

Sunday, January 17, 2010

Permata Hati Bonda

Eizham Shaiful Adzhar

Syazana Shaiful Adzhar


Syahira Shaiful Adzhar



18 Januari 2010 anak kedua ku SYAHIRA SHAIFUL ADZHAR telah dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Pengawas / Ketua Murid Sekolah Kebangsaan AU Keramat bagi sesi 2010.
Satu tanggungjawab yang berat juga harus dipikulnya. Akademi, disiplin, sahsiah, ko kurikulum harus diseimbangi dengan baik untuk menjadi pelajar yang berkualiti.
Apapun harapan ku, semoga beliau atau nama panggilan manjanya YAYA akan meneruskan kesinambungan bakat kepimpinan yang ada pada beliau di masa-masa hadapan.
Sebagai ibu yang telah melahirkannya 12 tahun yang lalu, pasti rasa bangga tersemat dijiwa kerana sekurang-kurangnya aku telah melahirkan seorang pemimpin cilik..

Buat anak sulungku, SYAZANA SHAIFUL ADZHAR yang kini berada di Tingkatan 1 Balada Sekolah Seni Johor, Johor Bahru..semoga impian dan cita-cita untuk menjadi pewaris budaya bangsa akan tercapai. Aku yakin NANA akan berjaya dan cemerlang di sana.

Buat satu-satunya anak bujangkau EIZHAM SHAIFUL ADZHAR walapun sering merendahkan diri dalam apa jua hal, tetapi sebagai ibu aku percaya EJAM mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Insyallah akan ku bimbing beliau untuk menjadi seorang anak, pelajar dan insan yang boleh membanggakan ibu bapa, kakak-kakaknya dan juga keluarga.

SYAZANA, SYAHIRA & EIZHAM SHAIFUL ADZHAR...
kalian bertiga adalah permata hati bonda...

Thursday, January 14, 2010

lagi hypermarket

salam...

sah...cawangan TESCO ke 32 di negara ini dibuka dengan rasminya di Rawang.
Rawang sebuah kawasan kepadatan penduduk yang agak tinggi juga.
Pekan or skrg bolh digelar bandar Rawang telah membangun dgn pesat.telah banyak lot2 kedai didirikan.
cuma sekadar renungan, bagaimanakah nasih peniaga2 kecil terutamanya peniaga melayu apabila mereka terpaksa berhadapan dgn kehebatan promosi dan potongan harga yg bakal dilakukan oleh TESCO.
tidak dinafikan ada juga kbaikannya sekurang2nya memberi pilihan kepada pengguna.
janjinya akan turut membantu memasarkan produk IKS, betul ke?jika dilihat di cawangan yg sedia ada, banyakkah produk IKS yang dibantu?if ada dimanakan produk2 itu dipamerkan?
hanya melayu yg boleh bantu melayu.

renung-renungkanlah

Wednesday, January 13, 2010

Selingkar kisah

salam...

sudah menjadi trend masa kini, blog menjadi tmpt luahan, coretan individu.
tidak mahu rasa diri ketinggalan, sekadar mengikut perkembangan semasa, harap blog yg dibina ini dapat digunakan untuk berkongsi pendapat, pandangan dari rakan2 blog (bloggers) yang lain.

wpun pernah menjadi penulis (wartawan) satu ketika dulu, minat dalam bidang penulisan (kewartawanan) telah disemai semenjak dibangku sekolah lagi.
Alhamdulillah cita2 untuk menjadi wartawan akhirnya tercapai wpun hanya utk tempoh 7 tahun sahaja.
kini, kebolehan menulis seolah2 telah pudar or senang kata dh berkarat....
tetapi minat masih ada....so dgn ada teknologi canggih masa kini, rasanya laman blog yg diwujudkan dapat mempolishkan skill penulisan ku...mudah2an.