Tuesday, January 19, 2010

Tabiat Merokok

sekali lagi isu rokok kembali hangat diperkatakan. Cadangan menaikkan harga rokok ke RM50.00. Penguatkuasaan juga dikatakan lemah.
Sebenarnya tabiat merokok ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak semestinya bapa tidak merokok anaknya juga tidak merokok. Dan tidak semestinya pula bapa merokok anaknya juga merokok. Kesedaran itulah kata kunci kepada semua.
Jika tiada kesedaran, apajua tindakan, kempen dan peraturan diusahakan oleh pihak-pihak tertentu, pasti tidak akan berjaya..
Terpulang kepada individu itu sendiri kerana kini merokok seolah-olah menjadi trend, bukan sekadar lelaki yang menjadi perokok malahan kini semakin ramai wanita yang turut merokok. Lebih menyedihkan wanita yg merokok adalah dikalangan mereka yg masih muda, usia belasan tahun, orang melayu dan nampak kurang manis apabila wanita itu memakai tudung sambil dijarinya terselit sebatang rokok.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Usaha, telah pelbagai usaha dilakukan...
inilah yang dikatakan tadi kesedaran...
lantaran itu kita semua terutama perokok-perokok tegar sedarlah.....

No comments:

Post a Comment