Tuesday, January 19, 2010

Tabiat Merokok

sekali lagi isu rokok kembali hangat diperkatakan. Cadangan menaikkan harga rokok ke RM50.00. Penguatkuasaan juga dikatakan lemah.
Sebenarnya tabiat merokok ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak semestinya bapa tidak merokok anaknya juga tidak merokok. Dan tidak semestinya pula bapa merokok anaknya juga merokok. Kesedaran itulah kata kunci kepada semua.
Jika tiada kesedaran, apajua tindakan, kempen dan peraturan diusahakan oleh pihak-pihak tertentu, pasti tidak akan berjaya..
Terpulang kepada individu itu sendiri kerana kini merokok seolah-olah menjadi trend, bukan sekadar lelaki yang menjadi perokok malahan kini semakin ramai wanita yang turut merokok. Lebih menyedihkan wanita yg merokok adalah dikalangan mereka yg masih muda, usia belasan tahun, orang melayu dan nampak kurang manis apabila wanita itu memakai tudung sambil dijarinya terselit sebatang rokok.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Usaha, telah pelbagai usaha dilakukan...
inilah yang dikatakan tadi kesedaran...
lantaran itu kita semua terutama perokok-perokok tegar sedarlah.....

Sunday, January 17, 2010

Permata Hati Bonda

Eizham Shaiful Adzhar

Syazana Shaiful Adzhar


Syahira Shaiful Adzhar



18 Januari 2010 anak kedua ku SYAHIRA SHAIFUL ADZHAR telah dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Pengawas / Ketua Murid Sekolah Kebangsaan AU Keramat bagi sesi 2010.
Satu tanggungjawab yang berat juga harus dipikulnya. Akademi, disiplin, sahsiah, ko kurikulum harus diseimbangi dengan baik untuk menjadi pelajar yang berkualiti.
Apapun harapan ku, semoga beliau atau nama panggilan manjanya YAYA akan meneruskan kesinambungan bakat kepimpinan yang ada pada beliau di masa-masa hadapan.
Sebagai ibu yang telah melahirkannya 12 tahun yang lalu, pasti rasa bangga tersemat dijiwa kerana sekurang-kurangnya aku telah melahirkan seorang pemimpin cilik..

Buat anak sulungku, SYAZANA SHAIFUL ADZHAR yang kini berada di Tingkatan 1 Balada Sekolah Seni Johor, Johor Bahru..semoga impian dan cita-cita untuk menjadi pewaris budaya bangsa akan tercapai. Aku yakin NANA akan berjaya dan cemerlang di sana.

Buat satu-satunya anak bujangkau EIZHAM SHAIFUL ADZHAR walapun sering merendahkan diri dalam apa jua hal, tetapi sebagai ibu aku percaya EJAM mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Insyallah akan ku bimbing beliau untuk menjadi seorang anak, pelajar dan insan yang boleh membanggakan ibu bapa, kakak-kakaknya dan juga keluarga.

SYAZANA, SYAHIRA & EIZHAM SHAIFUL ADZHAR...
kalian bertiga adalah permata hati bonda...

Thursday, January 14, 2010

lagi hypermarket

salam...

sah...cawangan TESCO ke 32 di negara ini dibuka dengan rasminya di Rawang.
Rawang sebuah kawasan kepadatan penduduk yang agak tinggi juga.
Pekan or skrg bolh digelar bandar Rawang telah membangun dgn pesat.telah banyak lot2 kedai didirikan.
cuma sekadar renungan, bagaimanakah nasih peniaga2 kecil terutamanya peniaga melayu apabila mereka terpaksa berhadapan dgn kehebatan promosi dan potongan harga yg bakal dilakukan oleh TESCO.
tidak dinafikan ada juga kbaikannya sekurang2nya memberi pilihan kepada pengguna.
janjinya akan turut membantu memasarkan produk IKS, betul ke?jika dilihat di cawangan yg sedia ada, banyakkah produk IKS yang dibantu?if ada dimanakan produk2 itu dipamerkan?
hanya melayu yg boleh bantu melayu.

renung-renungkanlah

Wednesday, January 13, 2010

Selingkar kisah

salam...

sudah menjadi trend masa kini, blog menjadi tmpt luahan, coretan individu.
tidak mahu rasa diri ketinggalan, sekadar mengikut perkembangan semasa, harap blog yg dibina ini dapat digunakan untuk berkongsi pendapat, pandangan dari rakan2 blog (bloggers) yang lain.

wpun pernah menjadi penulis (wartawan) satu ketika dulu, minat dalam bidang penulisan (kewartawanan) telah disemai semenjak dibangku sekolah lagi.
Alhamdulillah cita2 untuk menjadi wartawan akhirnya tercapai wpun hanya utk tempoh 7 tahun sahaja.
kini, kebolehan menulis seolah2 telah pudar or senang kata dh berkarat....
tetapi minat masih ada....so dgn ada teknologi canggih masa kini, rasanya laman blog yg diwujudkan dapat mempolishkan skill penulisan ku...mudah2an.